Free Counters

Thursday, November 15, 2012

Doa Penenang Hati


Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dgn keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dgn salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan..
Ya Allah..buatlah mata yg tdk mahu lelap

merasa mengantuk yg memberi ketenangan,

dan letakkanlah di jiwa yg goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dlm keadaan terhina…

Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku…

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tdk meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku….

sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH

Friday, October 26, 2012

Bertunang tanpa sedar ..!!!


Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:


"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.




Kita orang melayu time nak tunang duk bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

# hurmm.. i still ragu2 nak pecaye 'bertuang tanpe sedar' nie .. Coz kdg2 lelaki hanye memberi harapan palsu ..

Sakaratul Maut

Nazak atau sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian. 
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti. 
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan. 

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut. 
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air , kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti. 

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita. 

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) -


Kepada Allah berserah. 


Saturday, September 15, 2012

Le Gardenie

hey u alls.. heeee ^_^ 
rindukat blog tasha nie... rse cam da trlmpau lame tasha update.. 
disebabkan da lame ta update ,, bnyak sngat cerite yg tasha nak share .. 
But now tasha bukan nak cerite psal diri tasha... Tasha nak cerite komik yg tasha suke sngat2 .. 
LE GARDENIE


Le.Gardenie ialah sebuah komik romantik Malaysia karya Ben. Ia disirikan di dalam majalah Utopia dan telah dibukukan dalam empat naskhah novel grafik: 
  • Le.Gardenie  
  • Le.Gardenie Foolish Fruits 
  • Le.Gardenie Party of Three
  • Le.Gardenie Final Four
Le.Gardenie pada asalnya dilukis dan dikarang sepenuhnya oleh Ben, namun selepas beliau keluar daripadaGempakStarz, ia dilukis oleh staf GempakStarz.

Orange boleh dikatakan simbol bagi kejahilan peria remaja yang ingin bercinta. Tidak pernah walau sekali dia mampu mencipta takdir yang baik dengan gadis-gadis di sekeliling. Dan acapkali juga, emosinya memainkan peranan sehingga membawa kepada kemusnahan. Sebagai contoh, dia secara tidak langsung membuatkan sahabat baiknya sejak kecil, Kiwi dituduh melakukan jenayah di sekolah kerana hubungannya dengan seorang gadis lain, Lemon yang hanya mempergunakannya bagi melaksanakan komplot tertentu. Sementara itu, seorang juita yang dia cukup minati, Apple menghindari kewujudannya kerana salah faham yang dilakarnya sendiri.

Watak dan perwatakan
Orange - seorang remaja yang naif dan berkawan baik dengan kiwi sejak kecil. Dia ialah anak tunggal kedua ibu bapanya.
Kiwi - kawan baik kepada Orange, dia seorang remaja perempuan yang sedikit tomboi tetapi berhati baik. Sering mempertahankan Orange jika dia dibuli.
Lemon - remaja perempuan yang manja dan berwajah cantik, sanggup melakukan apa saja untuk mendapat apa yang dia mahu. Pun begitu, dia ialah seorang yang kesunyian.
Apple - seorang remaja perempuan berwajah cantik dan ayu. Dia adalah seorang yang berperwatakan pemalu, baik, perihatin dan agak pendiam.

Time tasha beli buku nie tasha darjah 6 .. heee.. da lame tersimpan dlam almari .. Tasha mmg syg kat buku tuh... But tasha da bgy buku nie kat kawan tasha sebelom dyer pindah ke terengganu .. :) 

Saturday, July 21, 2012

Good bye Sunshine..

Hey my love ...
I can't hide what has come..
I have to go... good bye .. take of yourself..
But always know i still love u ..
20.07.2012 i will STOP to think about u , reply your text , answer your call n i will block u at my fb ..


#sayatakadaniatnakcakapbencikatawk!!!!! butsayaterpaksauntokkebahgiaanawkdandirisayasendiri... sayaharapsayatakanjumpaawaklagiMATEEN..!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 27, 2012

Hey Hey Hey !!!!

Hey my pinky blog...
Hey my followers..
Da lamer tasha updte at pinky blog tasha nie.. Nak type pown slow.. Kure2 pown lgy laju.. -.-
Tasha nak cerite psal M?? Knal M? mstilah knal an.. spew yg ta knal M... hahaha...
3mggu da ta denga khabar dari dyer... last msg 6 mei mstu... rindu??? adew larh gak...
Syg? ta pernah henti... Benci? never ever ever.. Klau sesape tanye M same soalan cam tu,, msti dyer akan ckap rindu sikit, syg sikit, benci sikit... :) but i'm still smile
not too much nak mghrap kat org supaye ta benci kat diri kite...
M buat tasha keliru... M kate M benci kat tasha... but dlam pde mse yg same, M ckap M syg kat tasha...

Nak memperbodohkan tasha ea?? Tasha kesah? takkan kesah.. coz selame nie tasha da bnyak mngalah nan M... apew yg M tudoh kat tasha... Tasha 'iye'kan jew... M ta kasi tasha kwan nan Mizan.. k fine... pndg muke mizan pown tasha tanak... ckop tak M? ckop? Tak ckop ea??? why? nak tasha putus nan F??? bile tasha ckap cm ur, M kate jgan nak ngade2... kne jage atie F baek2... k... tasha jge atie F... Tasha tak curg nan F... M... hrap M boleyh pham perasaan Tasha..





Monday, April 16, 2012

Ya Allah, redhakanlah aku dengan apa yang telah Engkau tentukan untuk aku..
Jika tertulis dia bukan jodohku, maka buanglah perasaan cinta dalam hatiku ini terhadap dirinya.
Jika dia jodohku, maka lahirkanlah perasaan cinta terhadap dirinya.
Ya Allah,, jika benar aku bukan tercipta dari tulang rusuk kirinya,, Engkau tentukanlah yang terbaik untukku..
Ya Allah, peliharakanlah hubungan kami.. semoga hubungan kami berlanjutan sehingga ke hubungan yang halal..da seterusnye hingga ke akhir hayat kami.